Sunday

Fasa Cinta

fasa pertama :
saat kali pertama melihat si dia, kita terpikat. dari mata jatuh ke hati, sedar sedar dah jatuh ke longkang sebab mata itu tertancap kepada si jejaka/gadis idaman hati. ketika ini, hati kata mahu, tapi gerak kata kaku. hanya melihat dari jauh, merancang langkah perkenalan. memasang niat jahat, baik, buruk dan segala niat yang ada, tak termasuk niat solat dan niat puasa. itulah dinamakan FASA PERTEMUAN.

fasa kedua :
fasa kedua ni, kata omputih, advance. kata orang melayu, maju. kata aku, nak kenal boleh? haa, lebih kurang tambah tolak darab bahagi macam tu lah. sebenarnya, fasa kedua ini, adalah langkah pertama selepas perancangan dari fasa pertama tadi. fasa ini dikenali dengan FASA PERKENALAN. kita mengambil risiko untuk mengenalinya secara jauh, dekat, guna kawan, guna fesbuk, twitterbump, stegrem, kakaotalk, line, weChat dan sebagainya. kita mahu mengenalinya dengan lebih dekat. kalau dah kenal, skip terus je lah. orang kata 'masuk line', 'cucuk line' dan sebagainya.

fasa ketiga :
fasa ketiga ini lebih kurang fasa klimaks bagi setiap hubungan perkenalan tadi. kerana apa? hal ini kerana fasa ini dinamakan sebagai FASA PENERIMAAN. fasa ini yang menentukan sama ada diri ini layak diterima, atau diri itu layak menerima, atau diri itu dan ini layak menerima diri masing masing. (keling sudah). fasa ini, fasa dimana pergaduhan kerap terjadi dek kerana cemburu, sakit hati, insecuredless trustno loyalty dan perkara negatif dalam sebuah hubungan. kenapa fasa penerimaan? disinilah, anda tentukan sama ada anda ingin menerima si dia, atau pun tidak.

fasa keempat :
fasa keempat ini, selalunya tak jadi. tapi aku nak jugak bubuh dalam ini. fasa ini digelarkan FASA KEREDAAN. langkah yang diambil selepas fasa ketiga tak menjadi. atau fasa ketiga menjadi, tapi jadi huru hara. haa. dalam fasa keempat ini, konsep reda dan redha perlu, kerana setiap manusia berhak dimaafkan kesalahannya, walaupun sebesar gunung. jikalau Allah S.W.T boleh mengampunkan hambaNya walau dosa sebesar zarah, sebesar gunung, sebesar planet, Kalau Rasulullah S.A.W boleh memaafkan kesalahan musuh walaupun Baginda menerima akibat yang buruk, inikan kita, manusia biasa? kebiasaannya, fasa ini gagal ditempuhi.

fasa kelima :
fasa kelima adalah FASA PENENTUAN. fasa ini dinamakan fasa penentuan kerana ini adalah fasa yang menentukan sama ada hubungan itu akan diteruskan oleh dua pihak atau disailang oleh pihak ketiga. oh mungkin juga, terus masuk ke fasa pertama balik. fasa penentuan yang mana menjadi pengakhiran, ataupun permulaan ke gerbang masjid kristal duniawi, menempah sebuah tempat disyurga, dan membuka satu pintu rezeki yang luas tiada bandingnya.


sejujurnya, ini tercetus dari pengalaman silam. dan aku percaya, pasangan diluar sana menempuh perkara yang sama. betul atau tidak? kita bolos saja dinding ituuu! bak kata zizan. 

selalunya fasa pertama, kedua akan terasa sangat bahagia. masa ini lah orang kata, kentut pun wangi, salah semuanya jadi betul, haram semuanya jadi halal, semuanya indah belaka. bila sampai ke fasa ketiga, haa, baru tahu realiti sebenar. haru tak haru orang cakap. kemudian, kesilapan utama manusia, terus ke fasa kelima, berbanding ke fasa keempat. sebab itu susah nak move on. alasan punya banyak. come on! setiap masalah boleh selesai. kita yang bercinta, bukan cinta yang tentukan kita.

sekadar berkongsi :) peace.

*copy balik blog lama punya :)

No comments:

Post a Comment