Monday

nasihat tak guna!

terkesan dalam diri, ramai orang call, ramai orang text, ramai orang weChat, ramai orang contact dengan kita sebab nak luah masalah dan minta nasihat dari kita. aku faham tak semua dari kita ni pandai menjadi pendengar yang bagus, jadi responder yang bagus, atau just bagi ayat harapan sekadar ambil hati. kebanyakan dalam kalangan masyarakat kita sekarang ni, mudah dilabelkan sebagai 'busybody' berbanding 'busyworker' atau 'busylabor'. sebab apa? masing masing suka mendengar fitnah atau gosip yang tak berasas, kemudiannya kondem atas social network punya platform. matang sangatkan?

sumber gambar : megamarty.blogspot.com

"minta nasihat, tapi taknak ikut, tak guna!"

kenapa camtu?

xxxxxxxxxx

aziz dan aina sedang on-the-phone pukul 12.30 malam. aina menceritakan masalah kat aziz dan aziz pun menasihati aina menggunakan kata kata paling selesa yang boleh digunakan. standard lelaki macam aku, mana boleh kasi ayat baik, nanti cair pulak minah tu. so, kita guna ayat sopan tetapi tegas. at the end, aina cakap "ayat awak kasar sangat. saya tak boleh lah! awak seakan akan paksa saya untuk buat itu ini..blabla..blabla..saya tak boleh lah cemni. sorry!" aina letak phone.

siapa yang bangang dalam keadaan situasi bangang ni? aina ke aziz?

minta maaf kat perempuan diluar sana, aku bukan bersikap bias, aku bukan bersikap stereotype, tapi inilah keadaan yang seringkali berlaku pada lelaki-pakar-motivasi-tak-bertauliah. engkorang letakkan diri mereka dalam dilema. dahlah engkorang datang pada diorang untuk ceritakan masalah dengan harapan diorang boleh bantu engkorang untuk selesaikan masalah, tapi engkorang seolah passing masalah tu kat diorang pulak! kesian diorang, dah ada dalam dilema sama ada nak pujuk engkorang atau nak tolong engkorang selesaikan masalah engkorang. haih!

xxxxxxxxxx

tipah tengah lepak dengan kasim kat tepi pantai pada suatu petang yang hening ditambah seri angin sepoi sepoi bahasa baku. tipah tengah berdiskusi dengan kasim tentang suatu perkara serius iaitu pasal perubahan diri sendiri. tipah kata kat kasim yang dia nak berubah ke arah yang lebih baik dan minta tolong kasim untuk bantu dia berubah. kasim senyap seribu bahasa. tipah bertanyakan kasim tentang apa yang kasim nampak dan rasa perlu untuk dia ubah. kasim pun berlaku bendul dengan berkata jujur tentang soal diri tipah. tanpa rasa bersalah, tipah memarahi kasim sebab menyentuh isu sensitif tentang apa yang pernah tipah buat. kasim cuba menerangkan pada tipah bahawa sebelum kita nak berubah, kita kena tahu apa silap yang kita pernah buat. tapi ayat killer tipah telah pun keluar. "kau pun sama! kau bukannya baik sangat! nak nasihat aku bagai! blah ahhh!" tipah blah dalam keadaan marah, meninggalkan kasim dalam keadaan terpinga pinga.

bila orang cerita tentang kesilapan lalu, bermakna dia nak bagi jalan baru, bangang!

engko datang kat dia minta dia bantu engko berubah. bila engko tanya dia apa yang patut engko ubah, engko pergi hentam dia pulak. dungu ke lembu? engko yang minta jawapan jujur bendul, dia pun bendul bagi jawapan jujur. kalau cemni, sampai bila pun engko tak berubah! minta nasihat, tapi tak terima kenyataan keadaan diri sendiri tu, macam mana nak ikut? tak guna nasihat!

xxxxxxxxxx

keadaan mendesak menyebabkan ali terpaksa meminta nasihat dari kaunselor tak bertauliah, aida. ali menceritakan tentang kisah cintanya yang lara kat aida, dan aida pun mengatakan bahawa it's better for him to move on and find another girl. bila ali dah dengar aida cakap cemtu, ali salah anggap. ali ingat aida suruh ali tackle dia. alih alih, ali mengorat si aida, dan aida pun tak membalas cinta ali. aida nasihatkan ali supaya fokus pada tanggungjawab dia sebagai manusia terlebih dahulu. ali tak dapat terima kenyataan. ali salahkan aida atas sebab tak dapat bantu dia.

bangang ke bahalul? ke dua dua?

engko pun satu la ali, dia suruh kau move on, bukan suruh engko tackle dia. lenkali dengar betul betul ayat dia tu. tahulah heart broken, tapi tak payah desperado sangat bro. tak respek! lepas tu, elok elok dia bagi nasihat, engko marah dia pulak! apa cerita bro? apa pun tak boleh aaaa.

xxxxxxxxxx

konklusi, kalau taknak diri itu di-kereta-kontrol-kan oleh nasihat orang sekeliling, jangan engko jadi keling minta nasihat kat orang sekeliling. karang aku hantar engko pergi pekeliling hambik bas balik penang baru engko tahu yang engko suka buat orang pening!

orang bagi nasihat taknak guna, cabai mulut hang satgi baru ada akai kot. bagi penampaq sekali kat muka baru jantung deraih nek akai baru buleh pikiaq! pi mampuih la ni sat! (minta maaf naa orang utagha, aku tak pandai tulih longhat hampa semua. maaf naa..)

bai!

No comments:

Post a Comment