" i wish i could have a guy who can take care of me and fill me with the sweet moment. "
" i never meet someone like you, so sweet! your words, argghhh!! sweet!! "
HAHAHA ! *gelak jahat
ini antara ayat perempuan yang popular ( not being bias at all )
fikir sejenak wahai adik-adik (perempuan ) yang baru hendak melangsungkan percintaan berahi anda itu, tahukah anda tentang sweet yang anda cakap tu? kalau tak tahu, rasanya baik simpan untuk bakal suami.
tertipu, menipu, ditipu dan penipu!
itu semua penipu. selagi tak kahwin, cinta tu tak sweet langsung.
situasi :
- agaknya kalau adik tengok filem orang putih, orang korea yang ada mamat hensem tu, adik mesti akan cakap benda yang sama seperti di atas. *sekadar mengagak. tapi selalunya betul
- seorang lelaki mampu mengatakan ini :
" awak, jom kita couple? "
" i love you so much *gedik-gedik"
atau pun :
" awak, saya suka kat awak, errmm *malu malu kambing. awak dah ada teman hidup? " (ayat sopan sikit)
tapi, pernah adik terima ayat ini :
"awak, sudikah awak terima saya sebagai seorang yang halal buat diri awak? sudikah awak mempertanggungjawabkan segala perlakuan awak untuk saya tanggung? sudikah awak menjadi makmum di setiap sujud saya? sudikah awak terima saya seadanya, dan yang paling penting, sudikah awak menyempurnakan hidup nyata saya seikhlas hati dan sempurnakan hidup saya di alam selepasnya?"
pernah tak?
pernah tak??
pernah ke tak???
penat menulis. *berehat bersama kit kat
sambung balik.
p/s : adik adik sekalian, cerita cinta di alam remaja memang indah, tetapi kalau adik tahu apa itu makna dan rasa cinta, mesti adik menyesal menerimanya terlalu awal, sebab adik menyerahkan pada yang tak layak mencintai adik sepenuhnya. wahai adik yang saya hormati dan kasihi sekalian, cinta yang sweet adalah cinta yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata. sebab apa? kata-kata manusia mampu menjadi dusta kerana lidah setajam pisau. mampu membunuh hati yang suci. jadi, kalau adik nak bercinta, terima selepas 'calon' adik tu masuk minang. baru orang kasi tabik! selepas itu, terus kahwin. nak rasa cinta yang sweet kan? haa, kahwin lah dulu. percayalah.
cinta itu manis. tapi selepas akad dilafazkan oleh seorang imam.
*copy balik dari blog lama.
No comments:
Post a Comment