Sunday

stress, bro?

" aku tak mampu nak buat! aku tak sedia lagi! "
" oh my god, please, i can't bear with it! "
" help me!! do help me!! "
" stressnya akuuu! tak study lagi ni!! exam esok pagii!! "

kawan-kawan, jangan letak kan ayat ini di kepala anda. SERABUT!

bagi pelajar universiti yang berada di tahap pengajian ijazah, saya sedia maklum anda mempunyai satu, atau lebih tekanan untuk menghadapi musim peperiksaan. antara tekanan itu adalah :

- peperiksaan
- tak habis ulangkaji pelajaran
- putus dgn GF/BF ( gaduh pon boleh lahh )
- gaduh dengan kawan baik ( eg : tak nak study sama-sama )
- duit dah habis (PTPTN/F.A.M.A)
- tiket dah habis nak balik cuti
- dan sewaktu dengannya lah.. (aku yang tekanan)

satu perkataan yang sesuai untuk anda letak dalam diri anda sekarang.

KETENANGAN

kenapa ?
- sebab ia membantu anda.

bagaimana ?
- berfikiran positif dan elakkan melakukan perkara diluar akal manusia.

bila ?
- kalau rasa dah tension tu, time tu lah nak tenangkan fikiran.

siapa ?
- siapa boleh bantu? ibu bapa? kawan? adik-beradik? kekasih? Allah?
*pilihan jawapan.

rehat sekejap. nak susun ayat baik punya. *tak sebaik blogger lain.

p/s : baiklah rakan-rakan pembaca yang saya hormati sekalian, saya tahu dan saya faham ada dalam kalangan kita yang tertekan dan mudah jatuh semangat apabila mereka tidak yakin dalam melakukan sesuatu atau mahu  menghadapi sesuatu. kerana apa? RISIKO [!] seringkali bermain di minda kita tentang risiko selepas dari perlakuan kita. peperiksaan? kenapa anda perlu rasa tertekan ketika menghadapi peperiksaan? anda buat silap yang besar! musim peperiksaan adalah musim yang membuatkan kita lebih tenang sepatutnya, kerana kita tiada kelas, malah kita ada banyak masa untuk mengulangkaji pelajaran, sambil berehat santai di rumah atau di kolej. dalam musim peperiksaan ini jugalah, kita sempat untuk meminta berkat dari guru/pensyarah kita supaya ilmu yang disampaikan oleh mereka membawa barakah dalam hidup kita, selepas itu, ambil peluang itu untuk menghubungi ibu dan ayah kita, bertanya khabar, minta doa restu mereka, dengan harapan kita boleh mendapat ketenangan, walaupun tidak berada dalam keadaan bersedia. seterusnya, bagi yang bergelar Islam, anda ada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. ambil masa untuk melakukan ibadah sunat, memohon dan meminta padaNya, kerana inilah masa yang sesuai untuk kita pohon dalam keadaan kita kritikal. ( kalau boleh jangan buat ketika musim exam je ). dengan izin Allah, kita akan mendapat ketenangan itu. bagi yang tidak bersedia, bagaimana hendak membuat persediaan di akhir waktu? senang sahaja. pastikan peralatan peperiksaan anda lengkap ( stationeries and exam slip, card matrics ), kemudian, anda melakukan perbincangan bersama rakan-rakan. jikalau anda belajar bersendirian ketika akhir waktu, sedikit sahaja yang akan anda dapat, berbanding berdiskusi bersama rakan. cubalah! saya mencadangkan sahaja, kerana ini keselesaan saya. selamat berjumpa dengan ketenangan anda. senyum sokmo!



kefahaman datang daripada perbincangan, hafalan berhasil ketika berseorangan.

*copy balik dari blog lama :)

No comments:

Post a Comment