Sunday

keutamaan dan kepentingan (formal)

"mendambakan cinta manusia lebih dari tuhannya, maka hinalah ia."

entri kali ini ditujukan kepada pembaca-pembaca yang tidak tenang, terutamanya kalangan remaja yang mana apabila mereka hampir putus cinta, mereka bersikap seperti kanak-kanak, yang tidak tahu berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah itu. penulis merasakan bahawa penulis perlu mengingatkan pembaca tentang isu ini. isu ini juga adalah penyumbang kepada penorehan lengan yang tidak membawa sebarang manfaat. malahan, mendapat kemurkaan Allah S.W.T di akhirat kelak. isu ini juga menjadi faktor kepada masalah sosial dalam kalangan remaja. dari isu ini jugalah wujudnya kaum homoseksual seperti gay, lesbian, biseksual, seks bebas dan kes pembuangan bayi. kononnya orang yang paling bermakna dalam hidup mereka, sudah tiada. 

"abang, kakak, kenapa bersikap macam tu? tak malu ke dengan adik-adik?"
"hilang orang yang paling abang ngan kakak sayang?"
"abang ngan kakak tak sayang mak ayah ke?"
"bukannya mereka hilang pun. cuma berpisah. itu je."
"jangan nak bunuh diri. neraka tempatnya nanti"
"cinta hanya kepentingan. bukan keutamaan pun"
"tak perlu nangis sebab putus couple. takde jodoh tu, buat cara takde jodoh"
"Allah tak izinkan kau dengan dia. Allah itu keutamaan, dia tu kepentingan je"

bagi mereka yang kehilangan ibu, ayah atau kedua-duanya, penulis memohon maaf dan memohon agar Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh mereka, Al Fatihah.

fokus penulis pada kali ini ialah KEPENTINGAN dan KEUTAMAAN. kebanyakan manusia dimuka Bumi ini diciptakan dengan kurniaan akal dari Allah S.W.T. Allah S.W.T mengurniakan akal kepada manusia agar manusia boleh berfikir secara logik akal, dan yang paling penting, untuk beribadah dan taat pada Allah S.W.T dan juga memikirkan keindahan ciptaan Allah S.W.T. ungkapan ini telah diterangkan dalam Al Quran, Surah Ali Imran, ayat 191 dengan mafhumnya :

" (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. "


setiap ciptaan Allah S.W.T adalah sempurna, dan tiada sia-sia ciptaanNya itu.

remaja sekarang perlu membezakan antara keutamaan dan kepentingan. namun yang demikian, hari ini, perkara ini bukanlah menjadi sesuatu yang penting buat mereka. kebanyakan dari mereka mendahulukan kepentingan lebih dari keutamaan. kenapa berlaku sebegitu rupa? kerana mereka tidak banyak menggunakan akal untuk menentukan apa yang terbaik buat diri mereka.

pembaca sekalian,
penulis bukanlah seorang yang prejudis dalam menerangkan hal sebegini. tetapi sebagai seorang muslim yang mempunyai tanggungjawab ke atas saudaranya yang lain, wajarlah penulis mengingatkan di sini. keutamaan perlu didahulukan. pembaca mesti tertanya-tanya apa yang dimaksudkan keutamaan dalam hidup kan? baiklah, penulis akan memberi penerangan ringkas tentang keutamaan. keutamaan adalah suatu perkara yang perlu didahulukan oleh seseorang. kepentingan pula nadi kepada kelengkapan hidup individu. keutamaan adalah tunjang kepada kepentingan. sebagai contoh :

  • sebagai seorang hamba Allah S.W.T. keutamaan kita adalah menyembah Allah S.W.T. dengan melakukan amar makruf nahi mungkar (mentaati perintahNya, jauhi laranganNya). kepentingan menjadi hamba Allah S.W.T adalah supaya Allah S.W.T memberi perhatian kepada kita, serta ibadah yang kita lakukan, akan mendapat ganjaran pahala, seterusnya melayakkan diri kita untuk menempah tiket ke syurga. 
  • sebagai seorang manusia, keutamaan kita adalah mengejar ilmu dan pengalaman untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. kepentingan seorang manusia adalah mencari sesuatu yang boleh mendorong mereka untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
  • sebagai seorang pelajar, keutamaan kita adalah menuntut seberapa banyak ilmu dalam dunia meliputi langit dan Bumi. kepentingan seorang pelajar adalah usaha individu itu untuk menimba ilmu yang boleh membantu mereka hidup di dunia.

contoh tadi rasanya sudah boleh membuatkan pembaca faham kan?

secara keseluruhan, tidak perlulah kita melebihkan kepentingan daripada keutamaan. jangan keliru dengan dua aspek hidup ini. bila terkeliru, itu rosak.

beberapa nasihat penulis untuk pembaca :
  1. imbangkan antara keutamaan dan kepentingan.
  2. jangan berpaling dari Tuhan yang menciptakan kamu, nescaya kamu akan binasa.
  3. fikir positif dan kritikal. banyakkan berimaginasi soal consequences yang bakal datang.
  4. jangan bersangka buruk. fikiran negatif merosakkan.
  5. dahulukan keutamaan, jikalau kukuh, masukkan elemen kepentingan.
  6. cinta hanya kepentingan, bukan keutamaan. jadi, jangan bersedih bila putus cinta okay?
  7. belajar adalah keutamaan, jadi, belajarlah bersungguh-sungguh.
  8. bersederhanalah dalam setiap perkara.
  9. sandarkan pada Allah S.W.T untuk setiap masalah.
  10. banyakkan berdoa dan melakukan ibadah sunat. tetapi ibadah wajib jangan ditinggalkan.
konklusi penulis adalah hidup ini mempunyai keutamaan dan kepentingan dan manusia bergantung pada keduanya. imbangkan elemen ini, dan kelak, kita boleh menjadi insan yang lebih matang fikirannya serta teratur hidupnya. Wallahua'lam

sekian sahaja dari penulis untuk pembaca. bertemu kita di entri seterusnya. wassalam.

*copy balik dari blog lama :)

No comments:

Post a Comment